Tuesday, December 22, 2009

cari kerja..


aduh..penatlah..aku dah kerja skg ne..pembantu akauntan kat kb tax..tp aku tak minat sgt..tp skg ne kte tok leh memilih kerja sgt...hehe..sambil2 kerja ne aku duk usha2 lah jugak kerja kerjaan..tp tulah susah jugak kan..huhu..aku ne dah lama tak buka blog aku ne..ape pun aku tak ade cete terbaru nak di kongsi..

emmm..kwn2 semua dah kwin..aku jugak yg blm..hehe..
ape pun yg pasti jodoh ku akan tiba jua..hehe..

Thursday, August 20, 2009

Selamat Datang Ramadhan...

Assalamualaikum...
Ape khbar semuanya..di harap sihat2 aje ek...
emm dah lama tak tgk blog nie..hehe..sibuk getek..
ha mcm mana gan sambutan bulan yang Mulia ini..korang dah hbskan hutang2 pose yg lepas ke?..hehe..
ape pun..aku mengharapkan agar Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..dan aku sentiasa mendoakan dan mengharapkan keberkatan dari Ilahi Yg Agung..dan aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kepada org2 yg aku sayangi,cintai dan kasihi..moga Ramadhan ini akan memberi ketenangan dan kebahagian kepada kita semua...

aku akan sentiasa merindui kalian semua..

Monday, June 15, 2009

8 Sikap Wanita yang Disukai Lelaki


Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkanDalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh PengertianSikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. MenghargaiWanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga PenampilanLelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicaraLelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan DiriWanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri SendiriLelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatinLelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…

Perlukah kita tahu siapa Ex-Boyfriend atau Ex-Girlfriend kekasih kita?

Semasa saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja, tiba-tiba terlintas dalam fikiran saya samada perlu ke kita tahu siapa ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita. Hurm…memang best kalau kita dapat tahu. Tetapi adakah kita pasti yang tindakan kita tu betul.
Bagi pendapat saya, tidak perlulah kita tahu siapa bekas kekasih pasangan kita tu. Kalau tahu pun, akan buat kita berasa marah dan tak suka. Menyampah lagi ada la. Mana tak nya, buat-buatnya kita ternampak yang ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita tu sedang syok berbalas-balas komen di Facebook mahupun Friendster, tak ke terasa hangat dalam hati ni. Haish!
Tetapi, kalau kita tahu siapa dia, mesti kita akan selidik sedalam-dalamnya pasal orang tu. Asal dia di mana, tempat tinggal dia, siapa kawan-kawan dia dan sebagainya. Kalau boleh, sampai hobi dan masakan kegemaran dia pun kita nak tahu. Kata orang, bolehlah kita lihat apa kekurangan kita dengan dia. Mana yang baik tu, kita ikut la. Yang mana tak elok tu, kita perbaiki diri lagi. Bagus juga tu.
Memang ada kebaikan dan kekurangannya kalau kita lihat perkara ini dari pelbagai perspektif yang berbeza. Tetapi terpulang kepada kita untuk memilihnya. Bagi saya, memang tak perlulah. Tak tahulah anda semua macam mana. Mungkin anda boleh kongsi-kongsikan cerita kalau ada.


(copy dari tentangcinta.com)



ape pendapat kamu..pada aku boleh aje nak tahu..tp kita kena lah sabar n terima semua yg pakwe/awek kita cerita..mn lah tahu lebih baik dari kita ke..huhu..sedih tau..ape pun sekadar nak tahu tak salah tp jgn lah over sgt sampai tak lalu mkn ke ape ke...dah nak tahu sgt so kena lah terima dengan seadanya..hehe..yg penting pakwe/awek kita sayang n dapat menerima kita seadanya walaupun ex tu lebih bai dari kita..so terimalah seadannya..


still cunn..;)


Sunday, June 14, 2009

Resepi Bubur Kacang Merah ..jom msk..


hari nie rasa nak mkn bubur pulak..dah lama tak mkn bubur..last hari tu pun masa bos kasi yg tgl untuk staf2 mesyuarat..best jugak..bubur kacang hijau nei..eemmmmmm...sampai menjilat jari..hehe...ne ade respi yang aku cari..ingat rajin ptg ne nak try bt lah..hehe..jom..

ne resepinya..try sama-sama ek..

Resepi Bubur Kacang Merah
(Red Beans Porridge Recipe - click here for English)

Bahan-bahan:

300 gm kacang merah
2 cm halia — hiris
1 daun pandan
1 buku gula sira
2 cawan gula pasir
4 cawan satan cair
1 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan biji sagu

Cara Penyediaan:

Rebus kacang merah dengan 4 cawan air dalam periuk sehingga kacang kembang. Masukkan halia, daun pandan dan garam.

Masukkan gula sira dan gula pasir. Kacau hingga gula larut sepenuhnya.

Masukkan santan kelapa cair dan biarkan hingga mereneh.

Masukkan biji sagu dan santan pekat. Kacau berterusan.

Setelah sagu kembang dan menjadi jernih berkilat, keluarkan daun pandan.

Sedia untuk dihidangkan. Boleh dihidangkan panas-panas atau disejukkan terlebih dahulu ke dalam peti ais.

Selamat mencuba.

Saturday, June 13, 2009

Pemandangan Musim Panas Aershan



Bandar Aershan di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam yang terletak di barat daya Da Xinganling, terkenal dengan hutan asal dan bentuk muka bumi gunung berapi.




INDAHNYA CIPTAANMU YA ALLAH..





Pemandangan selepas hujan di Taman Negara Tianmenshan Zhangjiajie di Hunan amat indah.


Kawasan Tianmenshan yang kelihatan seperti lukisan dakwat itu menarik ramai pelancong dari dalam dan luar China.


assalamualaikum..

salam semua..

ape khbr? aku ne baru pertama kali ade blog ne..ne pun akak aku yg ajar..hehe..ape2 pun sudi2lah menjenguk ape isi yg ade kat blog aku ne..hehe..

ok have a nice day for all my friend..n sweet day for my sister..

still cunnn ggitu..:)