Sunday, June 14, 2009

Resepi Bubur Kacang Merah ..jom msk..


hari nie rasa nak mkn bubur pulak..dah lama tak mkn bubur..last hari tu pun masa bos kasi yg tgl untuk staf2 mesyuarat..best jugak..bubur kacang hijau nei..eemmmmmm...sampai menjilat jari..hehe...ne ade respi yang aku cari..ingat rajin ptg ne nak try bt lah..hehe..jom..

ne resepinya..try sama-sama ek..

Resepi Bubur Kacang Merah
(Red Beans Porridge Recipe - click here for English)

Bahan-bahan:

300 gm kacang merah
2 cm halia — hiris
1 daun pandan
1 buku gula sira
2 cawan gula pasir
4 cawan satan cair
1 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan biji sagu

Cara Penyediaan:

Rebus kacang merah dengan 4 cawan air dalam periuk sehingga kacang kembang. Masukkan halia, daun pandan dan garam.

Masukkan gula sira dan gula pasir. Kacau hingga gula larut sepenuhnya.

Masukkan santan kelapa cair dan biarkan hingga mereneh.

Masukkan biji sagu dan santan pekat. Kacau berterusan.

Setelah sagu kembang dan menjadi jernih berkilat, keluarkan daun pandan.

Sedia untuk dihidangkan. Boleh dihidangkan panas-panas atau disejukkan terlebih dahulu ke dalam peti ais.

Selamat mencuba.

1 comment:

  1. em...jgn tgk resepi je..kena buat ler tu.
    tp mmg best bubur kacang..kalau mom yg buat lg best..hehehe

    ReplyDelete